Pinjaman Al-Qard
KONSEP PINJAMAN
- Pinjaman kebajikan, atau Al-Qard merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan
- Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah “Qardhrul Hassan”, iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.
- Maksimum pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM2,000.00 (mengikut kelayakan) yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM181.82 sebulan dan tempoh maksimum adalah 11 bulan.
- Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM70.00 kepada pemohon berjaya. Bayaran wang proses secara tunai atau ditolak dari pinjaman.
- Rujukan aturan pinjaman boleh klik di sini
SYARAT DAN KELAYAKAN
- Pemohon mestilah telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
- Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman terdahulu haruslah tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
- Anggota tidak boleh memohon lagi sekiranya masih mempunyai baki (pembiayaan kebajikan).
- Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Dapatkan borang permohonan pinjaman dari pejabat KUTMB atau muat turun di sini.
- Isi borang permohonan dan sertakan bersama: Salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan Penyata Gaji terkini pemohon (tanpa penjamin) serta dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya.
- Hantar borang permohanan dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke pejabat KUTMB yang terdekat.
Antara pinjaman berkonsepkan Al-Qard yang boleh anggota mohon adalah seperti berikut :