FAQ

BAHAGIAN A: KEANGGOTAAN

Untuk menjadi anggota Koperasi UTM Berhad, tuan/puan dikehendaki mengisi
dengan lengkap Borang Permohonan Menjadi Anggota yang dimuat turun daripada laman
web koperasi dan sertakan bersama lampiran yang diperlukan serta wang proses sebanyak
RM10.

Anggota Koperasi UTM Berhad layak menikmati dividen syer dan caruman,
perkhidmatan semua jenis pembiayaan dan pinjaman yang disediakan serta sumbangan dan
bantuan bagi anggota yang layak mengikut ketetapan syarat yang telah ditentukan seperti di
aturan.

Ya. Bayaran yang dikenakan untuk menjadi anggota Koperasi UTM Berhad adalah
sebanyak RM10.

Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan/puan boleh menghubungi
bahagian keanggotaan di talian 07-557 4922 atau emailkan persoalan tuan/puan ke
admin@kutmb.my

Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat keanggotaan dan pembiayaan melalui
penyata secara atas talian dengan memasukkan ID dan kata laluan dengan betul pada web
portal berikut: http://anggota.koop1m.com/

Tuan/Puan hanya perlu mengisi Borang Notis Berhenti Menjadi Ahli pada laman
web koperasi kemudian hantarkan ke ibu pejabat Koperasi UTM Berhad.

Boleh. Tuan/Puan hanya perlu mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota dan
sertakan bersama lampiran yang diperlukan tetapi perlu membayar denda iaitu yuran proses
kemasukan ahli sebanyak RM50.

BAHAGIAN B: PEMBIAYAAN

Antara jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i. Pembiayaan Al-Tawarruq (Pembiayaan Peribadi)
ii. Pinjaman Al-Qard (Pinjaman Kebajikan)

Antara syarat-syarat untuk mendapatkan pembiayaan adalah seperti berikut:
i. Terbuka pada Anggota Koperasi UTM Berhad dan mempunyai jumlah syer
yang telah ditetapkan iaitu RM1,000.00
ii. Berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan
iii. Menepati kiraan kelayakan gaji mengikut nisbah 60:40
(Al-Tawarruq) dan 70:30 (Al-Qard)
iv. Menepati kiraan kelayakan DSR mengikut nisbah 50:50

Anggota akan mengetahui kelayakan pada hari yang sama jika syarat-syarat
pembiayaan dipenuhi.

Anggota perlu datang ke pejabat Koperasi UTM Berhad dengan membawa penyata
gaji 3 bulan yang terkini bagi tujuan pengiraan kelayakan.

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan semasa permohonan pembiayaan.

Jika anggota yang sudah berhenti menjadi anggota dan berhenti dari UTM, cara
pembayaran balik pinjaman adalah melalui Standard Instruction (SI) dari bank atau potongan
gaji majikan (bagi kes khas) dengan syarat hendaklah membuat bayaran ansuran deposit 3
bulan secara tunai kepada koperasi. Jika dalam tempoh yang diberikan peminjam masih tidak
dapat membuat pembayaran, laporan akan dihantar kepada bahagian ‘Task Force’ kutipan
hutang koperasi. Namun jika setelah semua Notis Peringatan dikeluarkan peminjam masih
tidak memberi sebarang maklum balas, pihak koperasi akan meneruskan dengan mengambil
tindakan undang-undang. Hanya jika peminjam tidak akur dengan arahan mahkamah, barulah
potongan gaji akan dibuat kepada pihak penjamin (bayaran dibahagi samarata antara
penjamin 1 dan penjamin 2).