Pembiayaan Al-Tawarruq

image fx (29)

Apa itu Al-Tawarruq?

Al-Tawarruq ialah salah satu kontrak kewangan Islam yang sering digunakan oleh bank dan koperasi untuk menyediakan kemudahan pembiayaan tunai secara patuh Syariah.

Konsep Pembiayaan Al-Tawarruq:

  • Pembiayaan Al-Tawarruq merupakan pembiayaan yang dikeluarkan oleh Koperasi UTM Berhad (KUTMB) kepada anggota yang berkelayakan

  • Amaun minimum yang dibenarkan RM5000.00 sehingga amaun maksima RM100,000.00

  • Kadar Keuntungan yang dikenakan adalah serendah 4.75% setahun (tertakluk kepada perubahan yang akan ditetapkan oleh Koperasi UTM Berhad)

  • Pembayaran semula dilakukan melalui potongan gaji

  • Tempoh maksima pembayaran dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun

image fx (22)
image fx (29)

Jenis-Jenis Pembiayan Al-Tawarruq:

  • Pembiayaan Al-Tawarruq Super Back to School

  • Pembiayaan Al-Tawarruq Tunai Raya

  • Pembiayaan Al-Tawarruq Unilife

  • Pembiayaan Al-Tawarruq Peribadi

  • Pembiayaan Al-Tawarruq Tunai Tanpa Penjamin

Syarat-Syarat Pembiayaan Al-Tawarruq:

  • Syarat-syarat Pembiayaan Al-Tawarruq

  • Anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB) yang telah mencukupi modal syer RM 1,000.00.

  • Jumlah potongan gaji dan Debit Service Ratio (DSR) tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.

  • Anggota UTM hendaklah berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.

  • Borang permohonan lengkap dan salinan dokumen diperlukan tidak akan dikembalikan.

  • Penjamin diperlukan dalam kalangan staf UTM dan telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (bagi pembiayaan melebihi RM5000).

  • Wang proses dikenakan sebanyak RM130.00.

image fx (22)
image fx (29)

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).

  • Salinan kad pengenalan penjamin (depan dan belakang).

  • Salinan slip gaji pemohon terkini (telah disahkan oleh Bendahari UTM).

  • Salinan slip gaji penjamin terkini.

  • Salinan buku akaun/penyata akaun bank bagi tujuan pengkreditan pinjaman.

Jadual Pembayaran Balik Promosi Tunai Raya x Back to School (BTS)

  • Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2026

  • Kadar keuntungan hanya 4.50% sahaja.

  • Maksimum pembiayaan sehingga RM10,000

Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi Al-Tawarruq

  • Pembiayaan Peribadi Al-Tawarruq sehingga RM100,000

  • Kadar keuntungan 4.75%