Koperasi UTM Berhad (KUTMB) turut menyediakan kemudahan takaful kenderaan bagi memudahkan anggota mendapatkan perlindungan yang menyeluruh, patuh syariah dan pada kadar bayaran yang berpatutan.
Melalui perkhidmatan ini, anggota boleh memperbaharui atau mendaftar takaful kenderaan dengan lebih mudah dan cepat, tanpa perlu melalui proses yang rumit. Kami juga menawarkan kepada anggota Pinjaman Insurans Al-Qard bagi memudahkan anggota dalam dari segi kewangan selain secara tunai.
KUTMB komited untuk memastikan anggota mendapat perlindungan terbaik demi keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Pilihlah perlindungan takaful kenderaan melalui KUTMB – mudah, selamat dan diyakini.