Koperasi UTM Berhad (KUTMB) telah sekian lama menyediakan kemudahan perkhidmatan Akikah dan Korban kepada anggota melalui kerjasama bersama EZ Qurban.
Dengan izin Allah, KUTMB kini secara rasmi telah dilantik sebagai Hub EZ Qurban Zon Selatan. Pelantikan ini mengukuhkan lagi peranan KUTMB dalam memastikan setiap pelaksanaan ibadah Akikah dan Korban anggota berjalan dengan lancar, patuh syariah, serta diuruskan dengan penuh amanah.
Kami sentiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan yang mudah, berpatutan dan diyakini, agar anggota dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan sempurna.