Koperasi UTM Berhad (KUTMB) sentiasa berusaha menyediakan kemudahan terbaik untuk anggota. Sejajar dengan itu, KUTMB menjalin kerjasama bersama Al-Ilmi Tours Agency dalam menawarkan pakej pelancongan dan umrah yang terancang, selesa dan diyakini.
Melalui kerjasama ini, anggota berpeluang menikmati pelbagai pakej perjalanan pada harga yang berpatutan, di samping jaminan pengurusan yang profesional serta bimbingan yang berpengalaman.
KUTMB komited untuk memastikan setiap perjalanan, sama ada untuk tujuan ibadah umrah mahupun pelancongan, akan menjadi sebuah pengalaman yang bermakna, selesa dan penuh keberkatan.