MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KUTMB 2026

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Mesyuarat Agung Perwakilan KUTMB 2026 berjaya melabuhkan tirainya menerusi persidangan dalam talian yang menghimpunkan para perwakilan KUTMB.

Inisiatif perjumpaan maya ini dilaksanakan sebagai langkah penjimatan minyak kereta di tengah-tengah cabaran krisis ketegangan perang antara Iran dan Amerika. Komitmen padu ditunjukkan oleh semua perwakilan yang hadir secara dalam talian, sekali gus memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan sangat lancar. 

Agenda utama mesyuarat merangkumi pembentangan penyata kewangan tahunan, penilaian prestasi perniagaan, serta kelulusan perancangan strategik baharu demi memastikan pulangan ekonomi dan dividen yang optimum kepada anggota.

Hasil daripada mesyuarat perwakilan kali ini, tiada pencalonan baharu bagi Ahli Lembaga Koperasi (ALK) diterima berikutan tiada borang pencalonan yang dihantar. Sehubungan itu, kepimpinan utama ALK sedia ada kekal menerajui pentadbiran koperasi, iaitu:

  • Pengerusi: En. Azri bin Hohad

  • Bendahari: En. Muhammad Hafizuddin bin Ripin

  • Setiausaha: Puan Kuntum binti Md Ariff

Sekalung tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga ALK. Semoga tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dapat digalas dengan adil dan telus dalam membawa halatuju Koperasi UTM Berhad ke suatu tahap yang lebih tinggi, InsyaAllah.