MESYUARAT AGUNG KAWASAN JOHOR BAHRU & KUALA LUMPUR 2026

JOHOR BAHRU, 22 Mei 2026 – Penganjuran Mesyuarat Agung KUTMB Kawasan Johor Bahru dan Kuala Lumpur tetap berjalan lancar meskipun dilaksanakan secara dalam talian.

Langkah mengadakan mesyuarat secara maya ini diambil sebagai strategi penjimatan bahan api dan kos pengangkutan berikutan krisis perang Iran-Amerika yang memberi kesan kepada harga minyak dunia. Walaupun bersidang menerusi platform digital, kehadiran para anggota setempat amat menggalakkan dan mesyuarat berlangsung dengan penuh tertib.

Sesi perhimpunan ini kekal menjadi platform penting untuk anggota menyuarakan pandangan, mengemukakan maklum balas tadbir urus, serta membincangkan isu keanggotaan di peringkat kawasan bagi memastikan aspirasi ahli diambil kira sebelum pembentangan usul di peringkat perwakilan. Kelancaran dan kecekapan para staf KUTMB dalam mengendalikan perjalanan mesyuarat dalam talian ini turut mendapat pujian tinggi daripada Pengerusi Koperasi.