Pada 30 April 2026, Koperasi UTM Berhad (KUTMB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad (KOGURU) dalam satu lawatan kerja dan perbincangan strategik yang berlangsung penuh mesra.
Sesi pertemuan ini menjadi medan pertukaran idea dan pandangan serta perkasamaan aspirasi antara kedua-dua belah pihak. Selain berkongsi pengalaman pengurusan, pelbagai perbincangan mendalam turut diadakan bagi meneroka arah tuju dan potensi kerjasama baharu yang dapat memacu daya saing serta memaksimumkan manfaat buat seluruh anggota koperasi masing-masing.
Kunjungan ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat kolaborasi inter-koperasi serta membuka peluang perniagaan baharu demi kemajuan sektor koperasi negara pada masa hadapan.