Pinjaman Al-Qard

image fx (31)

Apa itu Al-Qard?

Al-Qard bermaksud pinjaman tanpa faedah dalam Islam. Dari segi bahasa, al-qard bermaksud “potongan”, kerana orang yang memberi pinjaman seolah-olah “memotong” sebahagian hartanya untuk diberikan kepada orang lain.

Konsep Pinjaman Al-Qard:

  • Pinjaman kebajikan, atau Al-Qard merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan

  • Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah “Qardhrul Hassan”, iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.

  • Maksimum pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM2,000.00 (mengikut kelayakan) yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM181.82 sebulan dan tempoh maksimum adalah 11 bulan.

  • Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM70.00 kepada pemohon berjaya. Bayaran wang proses secara tunai atau ditolak dari pinjaman.

image fx (22)
image fx (29)

Jenis-Jenis Pinjaman Al-Qard:

  • Pinjaman Al-Qard Penulisan Wasiat 

  • Pinjaman Al-Qard i-Fast

  • Pinjaman Al-Qard Insurans

  • Pinjaman Al-Qard Kebajikan

  • Pinjaman Al-Qard UniLife

  • Pinjaman Al-Qard Back to School

  • Pinjaman Al-Qard Tunai Raya

Syarat-Syarat Pinjaman Al-Qard:

  • Anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB) yang telah mencukupi modal syer RM 1,000.00.

  • Jumlah potongan gaji dan Debit Service Ratio (DSR) tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.

  • Anggota UTM hendaklah berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.

  • Tidak mempunyai baki pinjaman al-Qard terdahulu

  • Borang permohonan lengkap dan salinan dokumen diperlukan tidak akan dikembalikan.

  • Wang Proses dikenakan sebanyak RM 70.00

image fx (22)
image fx (29)

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan slip gaji 1 bulan terkini yang telah disahkan oleh Bendahari UTM

  • Salinan kad pengenalan pemohon

Jadual Pembayaran Balik Pinjaman Al-Qard

  • Maksimum Pinjaman adalah sebanyak RM2000

  • Pinjaman RM1000 : 10 + 1 Bulan (RM70)

  • Pinjaman RM2000 : 11 + 1 Bulan (RM70)

  • RM70 adalah bayaran wang proses