Pembiayaan Al-Murabahah

image fx (26)

Apa itu Al-Murabahah?

Al-Murabahah ialah salah satu kontrak jual beli dalam kewangan Islam yang dijalankan secara telus dan adil. Dalam akad ini, penjual akan memaklumkan harga kos asal sesuatu barang, kemudian menjualnya kepada pembeli dengan menambah margin keuntungan yang telah dipersetujui bersama.

Konsep Pembiayaan Al-Murabahah:

  • Pembiayaan murabahah merupakan pembiayaan yang dikeluarkan oleh Koperasi UTM Berhad (KUTMB) kepada anggota yang berkelayakan

  • Amaun minimum yang dibenarkan RM500.00 sehingga amaun maksima RM60,000.00

  • Kadar Keuntungan yang dikenakan adalah serendah 4.75% setahun (tertakluk kepada perubahan yang akan ditetapkan oleh Koperasi UTM Berhad)

  • Pembayaran semula dilakukan melalui potongan gaji

  • Tempoh maksima pembayaran dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun

image fx (48)
untitled design (16)

Jenis-Jenis Pembiayan Al-Murabahah:

  • Pembiayaan Murabahah Elektrik

  • Pembiayaan Murabahah Emas

  • Pembiayaan Murabahah Trading (Barangan Panel)

Syarat-Syarat Pembiayaan Al-Murabahah:

  • Anggota koperasi dan mempunyai jumlah syer yang telah ditetapkan (RM1,000).

  • Kiraan gaji tertakluk pada kiraan DSR dan nisbah 60:40.

  • Borang permohonan lengkap dan salinan slip gaji serta salinan kad pengenalan pemohon tidak akan dikembalikan.

  • Dua orang penjamin diperlukan untuk permohonan pembiayaan Al-Murabahah dalam kalangan staf UTM dan telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (bagi pembiayaan melebihi RM5000).

  • Jumlah maksima pembiayaan : RM 60,000.00

  • Tempoh maksima : 10 tahun (120 bulan)

  • Wang proses dikenakan sebanyak RM70.00

image fx (22)
image fx (29)

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).

  • Salinan kad pengenalan penjamin (depan dan belakang).

  • Salinan slip gaji pemohon terkini (telah disahkan oleh Bendahari UTM).

  • Salinan slip gaji penjamin terkini.