Al-Tawarruq ialah salah satu kontrak kewangan Islam yang sering digunakan oleh bank dan koperasi untuk menyediakan kemudahan pembiayaan tunai secara patuh Syariah.
Konsep Pembiayaan Al-Tawarruq:
Pembiayaan Al-Tawarruq merupakan pembiayaan yang dikeluarkan oleh Koperasi UTM Berhad (KUTMB) kepada anggota yang berkelayakan
Amaun minimum yang dibenarkan RM5000.00 sehingga amaun maksima RM100,000.00
Kadar Keuntungan yang dikenakan adalah serendah 4.75% setahun (tertakluk kepada perubahan yang akan ditetapkan oleh Koperasi UTM Berhad)
Pembayaran semula dilakukan melalui potongan gaji
Tempoh maksima pembayaran dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun
Jenis-Jenis Pembiayan Al-Tawarruq:
Pembiayaan Al-Tawarruq Super Back to School
Pembiayaan Al-Tawarruq Tunai Raya
Pembiayaan Al-Tawarruq Unilife
Pembiayaan Al-Tawarruq Peribadi
Pembiayaan Al-Tawarruq Tunai Tanpa Penjamin
Syarat-Syarat Pembiayaan Al-Tawarruq:
Syarat-syarat Pembiayaan Al-Tawarruq
Anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB) yang telah mencukupi modal syer RM 1,000.00.
Jumlah potongan gaji dan Debit Service Ratio (DSR) tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
Anggota UTM hendaklah berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.
Borang permohonan lengkap dan salinan dokumen diperlukan tidak akan dikembalikan.
Penjamin diperlukan dalam kalangan staf UTM dan telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (bagi pembiayaan melebihi RM5000).
Wang proses dikenakan sebanyak RM130.00.
Dokumen Yang Diperlukan:
Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).
Salinan kad pengenalan penjamin (depan dan belakang).
Salinan slip gaji pemohon terkini (telah disahkan oleh Bendahari UTM).
Salinan slip gaji penjamin terkini.
Salinan buku akaun/penyata akaun bank bagi tujuan pengkreditan pinjaman.
Jadual Pembayaran Balik Promosi Tunai Raya x Back to School (BTS)
Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2026
Kadar keuntungan hanya 4.50% sahaja.
Maksimum pembiayaan sehingga RM10,000
Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi Al-Tawarruq
Pembiayaan Peribadi Al-Tawarruq sehingga RM100,000