Penulisan Wasiat

whatsapp image 2025 08 08 at 16.00.49 74ddc5e5

📌 Apa itu perkhidmatan wasiat?

Perkhidmatan penulisan wasiat yang ditawarkan oleh Koperasi UTM Berhad adalah satu inisiatif untuk membantu anggota merancang pengurusan harta pusaka mereka secara sah, sistematik dan patuh syariah.

Melalui perkhidmatan ini, anggota boleh menyediakan dokumen wasiat yang jelas dan lengkap, bagi memastikan harta yang ditinggalkan dapat diagihkan dengan adil mengikut kehendak pewasiat dan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh hukum Islam.

📌 Apa Yang Boleh Disenaraikan Dalam Wasiat?:

  • Penamaan Waris/ Penerima harta

  • Pelantikan Wasi (orang yang akan menguruskan harta selepas kematian).

  • Pembahagian 1/3 harta kepada bukan waris (jika ada)

  • Arahan Khas – contohnya hutang, wakaf, sedekah.

  • Amanah untuk anak di bawah umur 

📌 Kenapa Perlu Buat Wasiat Bersama KUTMB?:

  • Patuh syariah & sah di sisi undang-undang

  • Proses mudah & dibantu oleh pegawai berpengalaman

  • Kos yang berpatutan khas untuk anggota koperasi

  • Elak berlaku pertikaian dan perebutan harta selepas kematian

  • Boleh nyatakan penerima bukan waris sehingga 1/3 harta

💰 Proses & Caj Penulisan Wasiat

Proses:

  • Isi borang maklumat ringkas

  • Temujanji bersama pegawai

  • Semakan draft wasiat

  • Tandatangan & simpan salinan

Caj:

  • Caj perkhidmatan RM500 sahaja (bergantung pada jenis harta & keperluan khas)

iklan wasiat 1 (3)

Anda Berminat? Sila Hubungi Kami Segera

📱Whatsapp : www.wasap.my/60105504935

📧 E-mel : kutmbwasiat@gmail.com