
Pada 13 Julai 2026 Roadshow Koperasi UTM Berhad (KUTMB) diteruskan lagi dengan jayanya bertempat di Bangunan N23A, Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia.
Inisiatif secara bersemuka ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kalangan staf sokongan dan pegawai pentadbiran tidak melepaskan peluang untuk hadir mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan kewangan yang disediakan oleh KUTMB.
Sepanjang program berlangsung, kaunter pendaftaran KUTMB menjadi tumpuan daripada pelbagai tawaran serta insentif menarik yang disediakan. Antaranya termasuklah pemberian cenderahati percuma (Free Gift) secara bagi setiap pendaftaran anggota baharu. Selain itu, KUTMB turut menawarkan insentif komisen tunai sebanyak RM30 menerusi program rujukan (referral) bagi mana-mana anggota yang berjaya mengesyorkan pendaftaran anggota kepada rakan.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan dan saluran komunikasi bersama warga kampus, para pengunjung yang mendaftar masuk ke dalam group WhatsApp KUTMB Community pada hari kejadian turut membawa pulang cenderahati. Penganjuran siri roadshow KUTMB ini dilihat positif dan akan diteruskan dimasa akan datang.























