JOHOR BAHRU, 6 Mei – KUTMB menganjurkan siri Roadshow khas bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru bagi mendekati warga kampus dengan pelbagai tawaran kewangan menarik.
Antara tarikan utama program tersebut ialah pengenalan Pembiayaan TRIPLE 3 pada kadar serendah 3 peratus yang terbuka kepada anggota dan bukan anggota. Selain itu, pendaftaran anggota baharu diseri dengan pemberian cenderahati percuma, manakala insentif komisen tunai RM30 menanti mereka yang membawa anggota baharu. Pengunjung turut menikmati perkhidmatan cuci emas percuma daripada Unit Ar Rahnu, semakan kelayakan pembiayaan, serta cenderahati khas bagi penyertaan group WhatsApp KUTMB Community.