Assalamualaikum Wrh. Wbt.

Yang Berbahgia Encik Mahmud Bin Kadar, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor. Yang dihormati, Barisan Ahli Lembaga Koperasi UTM Berhad, para perwakilan dan anggota Koperasi UTM Berhad, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana kita masih diberi kesempatan untuk bersama pada mesyuarat kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-setinggi perhargaan dan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk kami terus melangkah biarpun terpaksa berhadapan dengan cabaran getir dalam perniagaan.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi yang tetap bersama-sama berganding bahu dan berusaha bagi terus meningkatkan pencapaian prestasi KUTMB. Jika pada tahun sebelum ini, KUTMB telah menunjukkan prestasi yang sangat memberansangkan, namun sedikit kekeliruan dalam pengurusan operasi telah memberi impak yang sungguh besar apabila pada tahun ini KUTMB terpaksa membuat pelarasan operasi dan pelarasan bukan operasi keatas urusniaga pada tahun-tahun lepas. Disebabkan pelarasan ini, keuntungan sebelum pembahagian yang berjumlah RM689, 127.70 telah berkurang menyebabkan kerugian terkumpul pada akhir tahun sebanyak (RM1, 152,093.84).

Sesungguhnya kerugian yang berlaku ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Barisan ALK telah berusaha melakukan yang terbaik bagi mengurangkan risiko kerugiaan yang lebih teruk pada masa akan datang, dan disebabkan itu kami perlu akur dengan arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menutup aktiviti Tabung Simpanan Khas. Justeru itu, kita semua terpaksa menerima hakikat berhadapan dengan kerugian yang tidak dijangkakan. Namun begitu atas rasa tanggungjawab dan amanah yang telah diberi, kami tidak akan terus lesu dan lemah dalam memulihkan kembali prestasi koperasi yang kita kasihi ini.

Sebagai langkah proaktif, sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Risiko (JPR)telah pun dibentuk bagi menilai dan memberi pandangan dari sudut risiko terhadap segala aktiviti yang akan dilaksanakan. Penubuhan jawatankuasa ini diharapkan dapat mengkaji dan membantu koperasi dalam membuat keputusan yang lebih strategik pada masa akan datang serta mengurangkan risiko kerugian yang mungkin berlaku.

Diharapkan dengan kerjasama semua pihak selepas ini, akan membuahkan sesuatu yang manis. Berkat kesepakatan dan sikap bersatupadu semoga dengan rahmat allah jua kita mampu berdiri kembali menebus kegagalan yang telah berlaku.

Akhirkata, saya menyeru perwakilan yang telah dilantik untuk bersama-sama membantu dan berganding bahu memajukan lagi KUTMB agar kegemilangan lalu dapat kita raih kembali kerana kejayaan bukan tradisi, kegagalan bukan warisan.

Kongsikan di Media Sosial Anda
Top

DASAR PRIVASI DAN PENAFIAN
Semua maklumat yang terkandung dalam laman web ini (termasuk spesifikasi, graf dan gambar rajah) hanya ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak-pihak tertentu sama ada yang masih hidup atau telah tiada. Huraian spesifikasi produk, perkhidmatan, profil korporat, ahli lembaga, lokasi, direktori kakitangan dan maklumat kerjaya hanya disesuaikan dan jika terdapat maklumat sama, itu hanya satu kebetulan.

TERMA DAN SYARAT
Laman web ini dimiliki sepenuhnya dan dikendalikan oleh Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB). Semua kandungan yang berada di laman web ini adalah hak milik KUTMB. Dengan menggunakan laman web ini, anda menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat yang dinyatakan di sini dan bahawa anda bersetuju untuk terikat dengannya. Pihak KUTMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.

PAUTAN
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke tapak pihak ketiga. Koperasi Universiti Malaysia Berhad (KUTMB) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan laman web tersebut kerana ia dikendalikan oleh entiti lain. Pautan disediakan semata-mata untuk kemudahan anda dan tidak menunjukkan, dengan nyata atau tersirat, sebarang sokongan, pengesahan atau penajaan oleh KUTMB dari laman web tersebut atau produk dan perkhidmatan yang disediakan di sana.