Tujuan utama minimart ini dibuka adalah bagi memenuhi keperluan pelajar dan juga staf seperti makanan dan minuman ringan, akhbar dan majalah, alatulis, kad tambah nilai prabayar dan pelbagai barangan. Di samping itu, minimart juga menawarkan perkhidmatan Fotocopybinding dan juga printing dengan harga yang berpatutan.

Operasi minimart kini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bagi memudahkan pelajar separuh masa (UTM SPACE) untuk mendapatkan keperluan mereka dan juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Bagi staf UTM yang menjadi anggota Koperasi, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan. 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
  • Memperbaharui Cukai Jalan dan Insuran (Takaful)
  • Pembiayaan Peribadi & Pinjaman
  • Pembelian barangan Elektrik dan Elektronik
WAKTU OPERASI :
  • Isnin - Jumaat (8.00 Pagi - 4.30 Petang)
  • Sabtu (11.00 Pagi - 4.00 Petang)
  • Ahad (8.00 Pagi - 1.00 Petang)
LOKASI KAMI :
  • Minimart Kuala Lumpur, Univeristi Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur.
  • TEL : 03 - 2615 4239
  • FAX : 03 - 2692 4830

Minimart KL

Kongsikan di Media Sosial Anda