• Pinjaman kebajikan, atau Al-Qard merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan
  • Maksimum pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM2,000.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM188.18 sebulan dan tempoh maksimum adalah 11 bulan.
  • Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah “Qardhrul Hassan”, iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.
  • Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM70.00 kepada pemohon berjaya.
  • Pemohon mestilah telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
  • Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman terdahulu haruslah tidak melebihi 70% daripada gaji anggota.
  • Anggota tidak boleh memohon lagi sekiranya masih mempunyai baki (pembiayaan kebajikan).
  • Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.
Kongsikan di Media Sosial Anda