TENTANG KAMI
- MISI
Memperkasa kemudahan kewangan kepada anggota secara telus dan cekap, peneraju pelbagai cabang perniagaan koperasi berlandaskan syariah dan islam menjadi tunggak utama sumber kewangan dan inspirasi kebajikan terhadap anggota, meningkatkan keyakinan anggota serta pulangan dividen yang tinggi ke atas pelaburan anggota.
- VISI
Menjadi Koperasi Institut Pengajian Tertinggi terbaik di Malaysia dan kekal dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia.
- MOTTO
Koperasi Teguh, Anggota Sejahtera
- FALSAFAH
Memurnikan gerakan koperasi bagi meningkatkan manfaat kepada anggota dan masyarakat berasaskan nilai-nilai koperasi mengikut keredhaan Allah S.W.T.
OBJEKTIF
- Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, warga kampus dan masyarakat umum.
- Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
- Meningkatkan faedah perlindungan kebajikan khairat atau insuran secara percuma kepada anggota dan keluarga anggota.
- Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan negara.
- Memindahkan sebahagian besar tanggungjawab universiti bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian staf keluarga.
