PROMOSI PINJAMAN EXPRESS RAYA 2020

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Gulai sayur pucuk paku,
Basuh mulut kueh seraya;
Anak lapan bersusun paku,
Banyak belanja menjelang raya.

Mula menabung dari darjah satu,
Pabila dewasa bersuka ria;
Saat KUTMB sudi membantu,
Wajah yang suram kembali ceria.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨


Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi UTM Berhad akan melancarkan Pinjaman Express Raya 2020

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula 24 April 2020 sehingga 16 Mei 2020.

Bagi pengiraan kelayakan anda boleh membuat semakan dengan Cik Nurul Amirah di talian 017-755 2315 dan link permohonan diberikan kepada Anggota yang melepasi kelayakan.

Terma dan syarat permohonan:-
✅ Anggota berjawatan tetap
✅ Tempoh pinjaman 10 bulan + 1 bulan (Wang proses melalui potongan gaji pertama)
✅ Jumlah pinjaman RM1,000.00 dengan wang proses RM70.00
✅ Ansuran bulanan RM100.00
✅ Kelayakan gaji adalah 60:40


Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (al-Furqan: 67).