Promosi Pinjaman Express Prihatin Covid-19

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Andai kayu masih di rimba,
Jangan disepah kayu dan pahat;
Andai sayu bersedih hiba,
Jangan diabai perilaku sihat.

Merah warnanya bunga raya,
Dipilih menjadi bunga kebangsaan;
Bantu membantu amalan mulia,
Dugaan yang berat menjadi ringan.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi UTM Berhad akan melancarkan Pinjaman Express Prihatin Covid-19 👨‍👩‍👧‍👦

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian https://covid19loan.kutmb.my/ bermula 12 April 2020

♦️️ Syarat Kelayakan Permohonan:- ♦️️

✅ Anggota berjawatan tetap
✅ Tempoh pinjaman 10 bulan + 1 bulan (Wang proses melalui potongan gaji pertama)
✅ Jumlah pinjaman RM500.00 dengan wang proses RM50.00 (RM70 diturunkan kepada RM50 bagi tujuan pinjaman ini sahaja)
✅ Minima gaji bersih RM200.00
✅ Kredit ke akaun pemohon bermula hujung April

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)